Internet TV

Wednesday, January 27, 2010

Selamat Datang Cikgu...

Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (UPBK) mengucapkan selamat datang kepada semua guru yang baru melapor diri untuk bertugas di SMK Serian 2010. Antara guru-guru tersebut ialah :-
  1. Fakiah Abd Khalid -Terengganu
  2. Norazwanie Bt Amiruddin-Perlis.
  3. Wan Zarina Wan ismail-Kelantan.
  4. Rafiza Bt Rosli- Perlis
  5. Kelinah ak Ayok-Sarawak
  6. Abg Isaifuddin Abg Noran-Sarawak.
  7. Azerawatie Anuar-Penang.
  8. Farizawati Bt Leman-sarawak.
  9. Foria Sabeng-Sarawak.
  10. Saizatul Surianey Ramle-Kuala Lumpur.
  11. Emily Bonnie ak Rijung-Sarawak.
  12. Majanah Bt Be-Sarawak.
  13. Nurfairuz Bt Roslan-Terengganu
  14. Florence Sitie ak martin-Sarawak
  15. Ustazah Ratna Suminar-Sabah
  16. Mohd Faizal-Sarawak.

Sekali lagi UPBK mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas.

Sumber : Pengerusi BAKSA 2010 Pn. Kartini Bt. Sahamat.

Monday, January 18, 2010

Kebodohan yang Tak Perasan.

''Selamat pagi emak, ayah. Anak-anak dah pergi sekolah semuanya?' Bagus! Galakkan mereka tuntut ilmu supaya tak jadi macam kita. Kita ni kalaulah boleh bersaing dengan orang di luar sana, tentu kita boleh berikan yang lebih baik daripada apa yang kita boleh berikan pada anak-anak kita hari ini, kan?
Jadi bagus tu. Galakkan mereka sekolah. Ibu ayah yang hantar anak-anak ke sekolah ibarat jeneral tentera yang sedang mempersiapkan tenteranya untuk berdepan dengan musuh di medan pertempuran. Sebaliknya ibu ayah yang tak kisah nak hantar anak-anak ke sekolah, seolah-olah telah menyediakan anak masing-masing untuk dibunuh di medan pertempuran.
Besar bezanya dan jauh bezanya. Sekolah akan membezakan seseorang dengan orang yang lain, mendadak gitu. Seorang anak yang dihantar ke sekolah, lambat-laun pandai juga membaca, menulis dan mengira walaupun bengap sangat. Tapi anak-anak yang langsung tak dihantar ke sekolah, lambat-laun akan terus bengap dan terus bengap. Nak yang mana?
Tugas kita sebagai ibu ayah ialah memastikan anak-anak boleh bersaing dengan rakan sebaya di luar sana. Syabas, anak-anak orang Asli yang bahkan telah ada yang dapat PhD. Yang dapat MA, BA, Diploma dan sijil tak usah cakap lagi. Anda semua telah mempersiapkan anak-anak dengan bekalan yang perlu untuk bersaing dan bertempurkan? Itu baru namanya sayang anak.
Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai tapi tak perasan. Dengar baik-baik mutiara yang saya sebut ni dan ulang sekali lagi. Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai, tapi tak perasan.
Dipetik dari buku motivasi 'Jom Mengetop' - Dr. HM Tuah Iskandar al-haj

Saturday, January 16, 2010

Hidup Untuk Berjaya...

Jika seseorang ditanya 'apa yang anda mahu dalam hidup''?, sudah pasti kebanyakan jawapannya ''saya mahu berjaya dalam hidup''. Berjaya dalam hidup ni mempunyai erti tersendiri dan berbeza-beza bagi setiap orang.
Pagi tadi, Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SMK Serian telah menganjurkan satu ceramah motivasi untuk pelajar SPM dan STPM. Pada awalnya seramai 70 orang pelajar yang berminat untuk mengikut ceramah tersebut. Tapi bila dah tiba masa ceramah, hanya 50 orang saja yang hadir. Tak mengapa, lagipun program motivasi pagi tadi pun tak diwajibkan. Hanya yang betul-betul berminat saja dialu-alukan. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang hadir mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh Mr Chee. Harapnya suntikan semangat motivasi terus membara sampai bila-bila.
Ceramah motivasi tadi sarat dengan kisah-kisah insan yang berjaya. Mereka yang berjaya semuanya manusia biasa, tiada yang istimewa kecuali semangat mereka untuk bangkit setelah banyak kali gagal dalam hidup. Penceramah membawa kisah Genghis Khan, Howard Gardner, Thomas Alva Edison, Albert Einstein, Tony Fernandes dan lain-lain tokoh lagi. Yang sangat menarik bila penceramah menayangkan kisah Nick Vijucic. Walaupun Nick Vijucic dilahirkan cacat tanpa kaki dan tangan, nama beliau sekarang masyhur seluruh dunia sebagai penceramah motivasi.
Di samping itu, penceramah juga berkongsi tip mengenai teknik visualisasi. Teknik visual sangat berkesan kerana boleh menjadi pendesak untuk seseorang itu berusaha untuk mengapai apa yang mereka inginkan. Teknik visual boleh dilakukan dengan letak gambar diri sendiri di tengah-tengah kertas A4, kemudian tampallah gambar apa sahaja yang kita impikan dalam hidup. Sebolehnya impian biarlah jelas, boleh dicapai dan ada jangka masa tertentu. Sebagai contoh, jika pelajar impikan sebuah motosikal besar maka gambar motosikal mesti jelas, warna apa, jenama apa,berapa cc dan sebagainya. Dr. Fadhilah Kamsah ada mengatakan jika makin jelas impian kita maka makin cepatlah tercapainya impian tersebut. Dengan syarat usaha tanpa kenal putus asa.

Monday, January 4, 2010

Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Hari ini bermula sesi persekolahan di seluruh negara. Bagi pelajar tingkatan 1 dan tingakatan 4, mereka akan mengikuti program orientasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah masing-masing. Pihak sekolah khususnya Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SMK Serian telah berjaya menganjurkan program orientasi untuk pelajar tingkatan 4 tahun 2010.

Program orientasi dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua, Hj Rambli Bin Zainudin. Ucapan pengetua berkisar kepada kepentingan seseorang itu mempunyai impian. Dengan adanya impian, seseorang itu akan lebih yakin untuk berusaha dan bertindak. Impian bagi pelajar tingkatan 4 bermula dari pemilihan kelas dan matapelajaran. Sebagai contoh, jika pelajar mempunyai impian menjadi seorang doktor perubatan, maka sudah mestinya pelajar tersebut memilih kelas sains tulen. Namun, pemilihan kelas mestilah berdasarkan keputusan PMR 2009.
Selain pengetua, PK1(En.Ensnat Bin Hj Sauari), PKHem(En Gladdy Peter), PK Ko-kurikulum (En James Tang), Guru Matapelajaran MPV (Cik Azaliza) dan Guru Pusat Sumber SMK Serian (Pn Teresa Stephen) turut mengisi tentatif program orientasi tingkatan 4 untuk kali ini. Program orientasi hari ini berjalan lancar dengan adanya kerjasama semua pihak seperti pentadbir, guru-guru dan juga para pelajar. Orientasi pelajar tingkatan 4 yang bermula 7 pagi telah berakhir tepat jam 12.30 tengahari.
Selain itu, program orientasi diteruskan untuk pelajar tingkatan 1 dan Peralihan yang bermula jam 12.45 tengahari tadi. Orientasi pelajar tingkatan 1 dijadualkan akan berakhir pada hari Khamis (7.1.2010). Program orientasi pelajar tingkatan 1 dilaksanakan untuk memberi penerangan dan pendedahan berkaitan peraturan sekolah, kemudahan yang terdapat di sekolah seperti klinik, asrama lelaki/perempuan dan bilik akses untuk pelajar mencari maklumat secara online. Disamping itu, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang akan dilakukan oleh Guru Kaunseling membantu pelajar-pelajar baru membina keyakinan diri, menimbulkan suasana mesra antara satu sama lain.