Internet TV

Monday, February 22, 2010

Karnival 'Jom Masuk U' meriah

Ribuan pengunjung membanjiri Permata Exhibition Centre Kuching, Sarawak sepanjang berlangsungnya Karnival Pengajian Tinggi Negara atau lebih dikenali sebagai Karnival 'Jom Masuk U' 2010 Zon 5.

Program dua hari pada 20 dan 21 Februari lalu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang mendapat sambutan luar biasa daripada para pelajar sekolah termasuk calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), ibu bapa, guru-guru, kaunselor dan masyarakat setempat.

Program anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran berada di Zon 5 selepas menjelajah empat negeri iaitu Johor, Selangor, Sabah dan Negeri Sembilan.

Selepas ini Karnival 'Jom Masuk'U' Zon 6 akan terbang ke Pulau Pinang yang akan berlangsung di Dewan Millenium Kepala Batas pada 27 hingga 28 Februari ini.
Jadual Karnival 'Jom Masuk U' akan datang :-
  1. ZON 7 6 - 7 Mac 2010 bertempat di Dewan Wawasan, Jitra Kedah.
  2. ZON 8 13 - 14 Mac 2010 bertempat di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu Kelantan.
  3. ZON 9 20 - 21 Mac 2010 bertempat di Dewan Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Pahang.
  4. ZON 10 27 - 28 Mac 2010 bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.

Keputusan STPM 2009 diumum Khamis, 25 Februari

19/02/2010 2:46pm

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip “STPM (jarak) nombor kad pengenalan” dan hantar ke 36363, atau menaip “STPM Result (jarak) nombor kad pengenalan” dan hantar ke 15888.

Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut.
Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pukul 11.30 pagi pada tarikh yang sama di pejabat MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Tahun lalu, 52,348 calon menduduki peperiksaan STPM.
Daripada jumlah itu, 47,260 orang atau 90.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 1,747 (3.34 peratus) calon sekolah swasta dan 3,241 (6.38 peratus) calon persendirian. – Bernama
sumber : utusan online

Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2010 dibuka 1-31 Mac

PUTRAJAYA 22 Feb. – Pendaftaran bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2010 akan dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac ini.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), dalam kenyataan di sini hari ini, berkata, borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh didapati di sekolah masing-masing, manakala bagi calon persendirian boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat.
Pendaftaran lewat tidak akan dilayan, kata kenyataan itu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, mereka yang berkenaan boleh layari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di www.moe.gov.my/lpm. – Bernama
sumber : utusan

Wednesday, February 3, 2010

Pameran Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan pameran bagi negeri Sarawak (Zon 5) pada tarikh, masa dan tempat berikut :-


Tarikh : 20 - 21 Februari 2010
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Exhibition Hall, level 5 Permata Carpark Building off Padungan Road, Kuching
Pameran karnival ini merupakan kesinambungan Karnival Pengajian Tinggi Negara 2009 yang bertujuan untuk memberi maklumat mengenai program yang ditawarkan oleh universiti baru serta program baru mulai sesi akademik 2010/2011. Sebanyak 20 buah IPTA dan 30 IPTS / agensi KPM akan menyertai pameran ini.

Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian SPM dan STPM Dibuka

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 (FASA 2) dibuka pada 2 Februari 2010 hingga 30 Mac 2010.

dan

Tawaran Biasiswa Kecil Yayasan TM 2010

Syarat dan Kelayakan :
  1. Terbuka kepada semua pelajar di Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2010 di sekolah bantuan penuh kerajaan.
  2. Calon di tingkatan 1 mestilah memperolehi 5A bagi keputusan peperiksaan UPSR 2009.
  3. Calon di tingkatan 4 mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 6A bagi keputusan PMR 2009.
  4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
  5. Mempunyai pendapatan kasar sekeluarga tidak melebihi RM1500.00 sebulan.

Tatacara memohon :-

Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari laman web Yayasan TM di alamat http://ytm.tm.com.my

Tarikh tutup permohonan secara online pada 18 Februari 2010.