Internet TV

Tuesday, March 23, 2010

''Orang bijak tidak pernah berkata: Aku tidak berfikir."-Pepatah Sepanyol

Kebijaksanaan bukanlah pengetahuan. Kebijaksanaan adalah penerapan pengetahuan secara benar. Sekolah, akademi atau universiti tidak akan berharga bila di sana tidak diajarkan cara menerapkan pengetahuan yang dimiliki siswa atau mahasiswa.
Sudah diketahui bahawa 'kebijaksanaan lahir dari pengalaman'. Pengalaman adalah guru yang baik terutama kalau kita boleh mengambil manfaat dari pengalaman orang lain yang telah bekerja berjam-jam, berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan dan bertahun-tahun untuk mempelajari tentang hidup.
Orang bijak adalah pemikir yang cermat. Mereka telah belajar untuk mendengar dan menunggu. Segala bentuk informasi yang datang mereka selidiki dan kumpulkan sebagai usaha untuk menentukan betapa bergunanya hal ini untuk memuliakan kemanusiaan diri mereka dan untuk meningkatkan kemanusiaan secara menyeluruh.
Kebijaksanaan akan muncul apabila kita menemukan diri sendiri, kerana penemuan diri bererti mengerahkan segala yang baik dari dalam diri kita, memantapkan tujuan hidup yang berharga, merencanakan untuk mencapai tujuan itu dan menyediakan diri kita untuk melaksanakan tujuan.

Sunday, March 21, 2010

Pada Saat Bodohnya Kita

''Saat bodohnya kita memang terlihat di mata orang, tidak sekali-kali di mata kita. Kita hanya sedar kebodohan kita itu setelah segala-galanya berlaku. Tatkala anda buntu dan tidak tahu, carilah orang yang betul untuk meminta nasihat dan menimba ilmu''- Petikan kata-kata Dr HM Tuah Iskandar al-Haj dalam bukunya Membina Unggul Lelaki.

Saturday, March 20, 2010

Karnival Kerjaya & Pendidikan 2010

Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan menganjurkan Karnival Kerjaya & Pendidikan 2010 pada 6 April 2010 (Selasa) bertempat di Dewan Sri Sadong SMK Serian. Pelajar lepasan SPM dan STPM 2009 dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program tersebut.

Thursday, March 4, 2010

Keputusan SPM, STAM diumumkan Khamis ini

Keputusan SPM, STAM diumumkan Khamis ini

04/03/2010 6:11pm
KUALA LUMPUR 4 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumum pada Khamis (11/3/2010) ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.
Calon persendirian pula akan menerima keputusan masing-masing melalui pos yang dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sejumlah 165,853 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara yang bermula pada 18 November hingga 16 Disember lepas, katanya.
Seramai 6,920 calon pula menduduki peperiksaan STAM di 98 buah pusat peperiksaan yang berlangsung dari 19 hingga 27 Oktober lepas. - Bernama

Membina Usaha Untuk Kaya

Saya tertarik dengan tulisan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj dalam buku beliau 'Membina Unggul Lelaki'.
Menurut Dr.HM Tuah...Untuk kaya, anda perlu bekerja; untuk kaya, anda perlu berusaha. Dua perkara yang berbeza. Satu sekadar bekerja, satu lagi berusaha. Bekerja bermakna aktiviti harian yang dipantau, berjadual dan mengikut masa tertentu serta pendapatan yang terbatas. Tetapi berusaha bermakna aktiviti harian tanpa waktu, penuh kreativiti dan komitmen secara keseluruhan serta pendapatan tanpa takal sukat.
Jika anda mahu kaya, bukan kerja yang perlu dilakukan tetapi mulakanlah dengan usaha. Kerja seorang pekerja adalah bekerja tetapi seorang usahawan kerjanya berusaha. Bekerja selalunya membawa satu hasil tetapi berusaha selalunya membawa banyak hasil. Mengapa? Sebab bekerja bermakna satu jenis pekerjaan tetapi berusaha bermakna ada pelbagai jenis usaha dan kerja dilakukan.
Seorang lelaki diukur pada pendapatan yang stabil. Statusnya akan lebih tinggi sekiranya dia bergelar ketua. Lebih tinggi apabila layak dipanggil 'big boss'. Lebih mengagumkan apabila dipanggil pengasas. Seorang pekerja tidak akan merasa digelar pengasas. Paling tinggi seorang pekerja akan berakhir sebagai bos atau second big boss. The highest boss tetap usahawan, tauke ataupun pengasas pada satu-satu produk atau sektor itu...
Untuk bacaan lanjut, dapatkan buku 'Membina Unggul Lelaki' terbitan Karya Bestari Sdn Bhd.