Internet TV

Tuesday, October 11, 2011

Belajar Sesuatu yang baru...

Salam sejahtera dan salam keceriaan.



Pejam celik pejam celik,, sesi persekolahan sudah sampai ke penghujung tahun. Hari ni hari terakhir PMR. Pagi tadi cikgu sempat bersembang dengan pelajar yang akan menduduki subjek bahasa Iban. Dapat juga belajar dua tiga patah perkataan iban. Nangkan ke nya (Selain itu), magi (membahagi), nembiak (pelajar), pengajar (guru). Seronok juga dapat tahu bahasa iban. Apapun, cikgu doakan semua berjaya dalam peperiksaan PMR. Dan bagi pelajar SPM dan STPM yang bakal menduduki peperiksaan bulan November depan......jangan buang masa lagi. Perbanyakkan latihan dan jangan hilang fokus. Fokus sekarang untuk berjaya dalam SPM dan STPM. Ketepikan masalah cinta,rasa jemu, tak cukup masa dan sebagainya. Jangan cari alasan,carilah peluang. Jika banyak beralasan, akhirnya diri sendiri yang rugi.
Bercakap soal belajar sesuatu yang baru, sebenarnya banyak benda baru yang boleh kita belajar di sekeliling kita. Jika kita minat dengan bermain gitar, kita boleh mempelajarinya dengan bertanya kepada mereka yang telah mahir bermain gitar. Belajar dari kemahiran asas. Lama kelamaan kita juga akan pandai bermain gitar. Perkara baru yang kita pelajari boleh memberi nilai tambah kepada diri kita.Lebih-lebih lagi perkara baru yang melibatkan kemahiran seperti kemahiran mengunting rambut, kemahiran menjahit dan kemahiran memasak. Kemahiran tersebut banyak membantu kehidupan kita sekurang-kurangnya duit kita dapat dijimatkan. Malah kalau rajin, kemahiran yang ada boleh memberi pulangan wang ringgit dengan mengambil upah mengunting rambut dan menjahit baju. Begitu juga kemahiran berbahasa inggeris dan kemahiran menggunakan komputer terutama microsoft office. Jika di institusi pengajian tinggi, mahasiswa yang menguasai bahasa inggeris dan mahir komputer pasti menjadi rujukan rakan-rakan. Selain itu, ada yang mengambil upah untuk menterjemah artikel bahasa inggeris. Jadi mempelajari sesuatu perkara yang baru tidak merugikan tetapi boleh membantu diri dan orang lain. Dengan syarat perkara baru tersebut bukan perkara yang menyalahi norma/etika.


Oleh itu, gunakan masa yang ada untuk diisi dengan sesuatu yang berfaedah yang boleh membantu diri kita dan orang lain. Salam hormat dan salam keceriaan dari cikgu.

Tuesday, June 28, 2011

Konvensyen PROSTAR Negeri Sarawak 2011

Konvensyen PROSTAR Negeri Sarawak 2011 telah berlangsung dengan jayanya pada 24-27 Jun 2011 bertempat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu,Kuching. SMK Serian telah mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut yang diwakili 10 orang pelajar tingkatan 6 Atas diiringi oleh Guru Penasihat Kelab PROSTAR Pn Bong Siaw Leng. Selain merangkul Juara Keseluruhan, Kelab PROSTAR SMK Serian juga memenangi Anugerah Bintang Prostar (Kelab Terbaik), Projek Inovasi, Projek Khidmat Masyarakat, Pameran dan Pertandingan Karaoke. Lebih membanggakan warga SMK Serian ialah anugerah Penyelaras Terbaik dan ahli Terbaik dimenangi oleh Guru Penasihat Pn Bong Siaw Leng dan Cik Evie Michelle Ak Lamun (Pelajar 6AK1). Kemenangan ini membolehkan Kelab PROSTAR SMK Serian dipilih untuk mewakili negeri Sarawak ke Konvensyen PROSTAR Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Johor pada bulan September tahun ini.

Friday, June 24, 2011

Program Motivasi ''Ibu Bapa Cemerlang, Anak Gemilang'



Persatuan Ibu Bapa dan Guru dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Serian telah menganjurkan program motivasi pada 22-23 Jun 2011 bertempat di Dewan Masyarakat Serian. Ceramah motivasi disampaikan oleh Perunding Motivasi En.Awang Kurshardi Bin Awang Putra. Program ini melibatkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2011. Berikut sebahagian gambar pelajar tingkatan 3 yang mengikuti ceramah tersebut.




En. Awang Kurshardi bersama pelajar ketika sesi penerangan mengenai konsep PDTT (Pandang, Dengar,Tanya,Tulis)










































En Awang Kushardi Bin Awang Putra bersama-sama En Awang Reduan (YDP PIBG SMK Serian) dan En. Ensnat Hj Sauari (PK1,SMK Serian) ketika sesi penyampaian cenderahati.









































Tuesday, April 6, 2010

Pustaka Mini Kaunselor

Salam motivasi untuk semua rakan khususnya warga SMK Serian. Kini Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mewujudkan Pustaka Mini Kaunselor untuk memberi peluang kepada warga SMK Serian meminjam buku khususnya berkaitan motivasi diri. Judul-judul buku boleh dilihat disebelah kanan slide show. Jika berminat untuk membaca seterusnya meminjam buku tersebut bolehlah maklumkan kepada kaunselor. Cuma koleksi yang ada sangat terhad. Siapa cepat dialah yang dapat baca dulu yea...

Tuesday, March 23, 2010

''Orang bijak tidak pernah berkata: Aku tidak berfikir."-Pepatah Sepanyol

Kebijaksanaan bukanlah pengetahuan. Kebijaksanaan adalah penerapan pengetahuan secara benar. Sekolah, akademi atau universiti tidak akan berharga bila di sana tidak diajarkan cara menerapkan pengetahuan yang dimiliki siswa atau mahasiswa.
Sudah diketahui bahawa 'kebijaksanaan lahir dari pengalaman'. Pengalaman adalah guru yang baik terutama kalau kita boleh mengambil manfaat dari pengalaman orang lain yang telah bekerja berjam-jam, berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan dan bertahun-tahun untuk mempelajari tentang hidup.
Orang bijak adalah pemikir yang cermat. Mereka telah belajar untuk mendengar dan menunggu. Segala bentuk informasi yang datang mereka selidiki dan kumpulkan sebagai usaha untuk menentukan betapa bergunanya hal ini untuk memuliakan kemanusiaan diri mereka dan untuk meningkatkan kemanusiaan secara menyeluruh.
Kebijaksanaan akan muncul apabila kita menemukan diri sendiri, kerana penemuan diri bererti mengerahkan segala yang baik dari dalam diri kita, memantapkan tujuan hidup yang berharga, merencanakan untuk mencapai tujuan itu dan menyediakan diri kita untuk melaksanakan tujuan.

Sunday, March 21, 2010

Pada Saat Bodohnya Kita

''Saat bodohnya kita memang terlihat di mata orang, tidak sekali-kali di mata kita. Kita hanya sedar kebodohan kita itu setelah segala-galanya berlaku. Tatkala anda buntu dan tidak tahu, carilah orang yang betul untuk meminta nasihat dan menimba ilmu''- Petikan kata-kata Dr HM Tuah Iskandar al-Haj dalam bukunya Membina Unggul Lelaki.

Saturday, March 20, 2010

Karnival Kerjaya & Pendidikan 2010

Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan menganjurkan Karnival Kerjaya & Pendidikan 2010 pada 6 April 2010 (Selasa) bertempat di Dewan Sri Sadong SMK Serian. Pelajar lepasan SPM dan STPM 2009 dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program tersebut.

Thursday, March 4, 2010

Keputusan SPM, STAM diumumkan Khamis ini

Keputusan SPM, STAM diumumkan Khamis ini

04/03/2010 6:11pm
KUALA LUMPUR 4 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumum pada Khamis (11/3/2010) ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.
Calon persendirian pula akan menerima keputusan masing-masing melalui pos yang dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sejumlah 165,853 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara yang bermula pada 18 November hingga 16 Disember lepas, katanya.
Seramai 6,920 calon pula menduduki peperiksaan STAM di 98 buah pusat peperiksaan yang berlangsung dari 19 hingga 27 Oktober lepas. - Bernama

Membina Usaha Untuk Kaya

Saya tertarik dengan tulisan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj dalam buku beliau 'Membina Unggul Lelaki'.
Menurut Dr.HM Tuah...Untuk kaya, anda perlu bekerja; untuk kaya, anda perlu berusaha. Dua perkara yang berbeza. Satu sekadar bekerja, satu lagi berusaha. Bekerja bermakna aktiviti harian yang dipantau, berjadual dan mengikut masa tertentu serta pendapatan yang terbatas. Tetapi berusaha bermakna aktiviti harian tanpa waktu, penuh kreativiti dan komitmen secara keseluruhan serta pendapatan tanpa takal sukat.
Jika anda mahu kaya, bukan kerja yang perlu dilakukan tetapi mulakanlah dengan usaha. Kerja seorang pekerja adalah bekerja tetapi seorang usahawan kerjanya berusaha. Bekerja selalunya membawa satu hasil tetapi berusaha selalunya membawa banyak hasil. Mengapa? Sebab bekerja bermakna satu jenis pekerjaan tetapi berusaha bermakna ada pelbagai jenis usaha dan kerja dilakukan.
Seorang lelaki diukur pada pendapatan yang stabil. Statusnya akan lebih tinggi sekiranya dia bergelar ketua. Lebih tinggi apabila layak dipanggil 'big boss'. Lebih mengagumkan apabila dipanggil pengasas. Seorang pekerja tidak akan merasa digelar pengasas. Paling tinggi seorang pekerja akan berakhir sebagai bos atau second big boss. The highest boss tetap usahawan, tauke ataupun pengasas pada satu-satu produk atau sektor itu...
Untuk bacaan lanjut, dapatkan buku 'Membina Unggul Lelaki' terbitan Karya Bestari Sdn Bhd.

Monday, February 22, 2010

Karnival 'Jom Masuk U' meriah

Ribuan pengunjung membanjiri Permata Exhibition Centre Kuching, Sarawak sepanjang berlangsungnya Karnival Pengajian Tinggi Negara atau lebih dikenali sebagai Karnival 'Jom Masuk U' 2010 Zon 5.

Program dua hari pada 20 dan 21 Februari lalu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang mendapat sambutan luar biasa daripada para pelajar sekolah termasuk calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), ibu bapa, guru-guru, kaunselor dan masyarakat setempat.

Program anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran berada di Zon 5 selepas menjelajah empat negeri iaitu Johor, Selangor, Sabah dan Negeri Sembilan.

Selepas ini Karnival 'Jom Masuk'U' Zon 6 akan terbang ke Pulau Pinang yang akan berlangsung di Dewan Millenium Kepala Batas pada 27 hingga 28 Februari ini.
Jadual Karnival 'Jom Masuk U' akan datang :-
  1. ZON 7 6 - 7 Mac 2010 bertempat di Dewan Wawasan, Jitra Kedah.
  2. ZON 8 13 - 14 Mac 2010 bertempat di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu Kelantan.
  3. ZON 9 20 - 21 Mac 2010 bertempat di Dewan Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Pahang.
  4. ZON 10 27 - 28 Mac 2010 bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.

Keputusan STPM 2009 diumum Khamis, 25 Februari

19/02/2010 2:46pm

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip “STPM (jarak) nombor kad pengenalan” dan hantar ke 36363, atau menaip “STPM Result (jarak) nombor kad pengenalan” dan hantar ke 15888.

Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut.
Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pukul 11.30 pagi pada tarikh yang sama di pejabat MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Tahun lalu, 52,348 calon menduduki peperiksaan STPM.
Daripada jumlah itu, 47,260 orang atau 90.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 1,747 (3.34 peratus) calon sekolah swasta dan 3,241 (6.38 peratus) calon persendirian. – Bernama
sumber : utusan online