Internet TV

Friday, March 13, 2009

Rahsia 1 - PEMAKANAN UNTUK KEPINTARAN AKAL

Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal. Kalau seseorang tidak memperolehi makanan dalam tempoh yang lama, 20 jam umpamanya, badannya menjadi letih, penat dan lesu. Jiwanya lemah dan pesimis. Otaknya lembab dan kuasa fikirannya menurun. Emosinya terganggu menyebabkan ia menjadi pemurung , perakus dan pemarah. Bila sahaja mendapat makanan, tiba-tiba dia berubah menjadi cergas, cerdas, lincah, bersemangat, riang dan gembira. Begitulah besarnya pengaruh makanan terhadap fizikal, spiritual, mental dan emosi.

Pun begitu, terdapat pelbagai jenis makanan. Ada yang cepat memberi kesan terhadap kecergasan otak, ada yang lambat. Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan terbaik ialah makanan yang halal, seimbang, berzat dan berjadual.

Makanan seimbang ialah set makanan yang mengandungi kesemua bahan makanan yang diperlukan oleh otak dan tubuh supaya dapat berfunsi dengan sempurna. Ia terdiri dari tujuh kumpulan makanan iaitu protein, karbohidrat, vitamin, lemak, mineral, air dan serat. Tanpa keseimbangan makanan, fungsi sel-sel dalam otak dan organ tubuh badan akan terjejas.

MAKANAN UNTUK KESIHATAN BADAN DAN KEPINTARAN AKAL

1)KARBOHIDRAT
Membekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur - sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.

2)PROTEIN
Ia perlu untuk KESIHATAN OTAK KESELURUHANNYA. Berperanan menumbuh, membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang pis dan lain-lain.

3)LEMAK
Membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.

4)AIR
Merupakan bahan utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalir darah serta zat makan ke seluruh badan. Seterusnya MENGEKALKAN KESIHATAN OTAK. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Seelok-eloknya minumlah air mati (jarang/masak/putih) sebanyak 8 gelas sehari. Sebelum tidur, cukupkanlah bilangan air yang perlu diminum.

5)MINERAL
Untuk aktiviti saraf dimana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah telur, susu, sayur - sayuran, limpa, hati, ulam-ulam dan makanan laut seperti udang.

6)VITAMIN
Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan.
Vitamin A
Menguatkan deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.

Vitamin B
Membantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, hati, yis, buah-buahan segar, beras dan kacang.

Vitamin C
Penguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit, meninggikan daya tumpuan seterusnya engurangkan khayalan semasa proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

7)SERAT
Melicinkan sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan perasaan. Kesemuanya ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

ZAT-ZAT MAKANAN UNTUK KEKUATAN INGATAN

Menurut penyelidikan saintifik terkini, terdapat beberapa zat makanan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan memori. Bahan -bahan tersebut ialah Choline, Lesithin, Vitamin E, Asid Glutamik, Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika.

Choline ialah sejenis asid amino. Boleh diperolehi dari kacang soya, bunga kobis, kacang pistachios daging, ikan dan telur. Lesithin didapati dari telur merah, kacang soya dan organ otak binatang terutama otak ayam.
Vitamin E terdapat dalam hati, telur ayam, betik, sayuran hijau, sayur taugeh, minyak kelapa sawit dan bijirin seperti jagung, beras, tepung gandum penuh(wholemeal). Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya terutamanya. Manakala Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika boleh diperolehi dengan menggunakan ubat-ubatan dari sistem perubatan biokimia.

Thursday, March 12, 2009

5 Cara Menetapkan Matlamat yang Power

  1. Matlamat mestilah spesifik dan boleh diukur.
  2. Matlamat mestilah mencabar dan menarik.
  3. Anda mesti tahu "KENAPA" matlamat itu penting.
  4. Anda mesti ada pelan tindakan untuk bertindak!
  5. Mesti ada tempoh masa untuk matlamat anda.

Bagi bacaan lanjut layari ebook percuma pemikirkaya.com

Thursday, February 5, 2009

Program Eksplorasi Alam Kerjaya

Salam ceria dan salam perpaduan kepada semua. Program Eksplorasi Alam Kerjaya yang telah diadakan di Makmal Diagnosa Jabatan Pertanian Sarawak serta Fakulti kejuruteraan Uitm Kota Samarahan diharapkan mampu membina motivasi para pelajar yang mengikuti program tersebut.
Berdasarkan apa yang telah disampaikan oleh Pegawai Veterinar Dr. Nicholas, lulusan bidang veterinar mempunyai banyak prospek pekerjaan yang boleh diterokai seperti ..
  1. Government Veterinar Services
  2. Pet Animal Practitioner
  3. Public Health
  4. Food Animal veterinarian
  5. Equine Practices
  6. Meat Industry
  7. Research Scientist
  8. Commerce as sale managers of drugs and vaccines etc.
  9. Feed Milling industry as technical veterinarian, manager or CEO.
  10. Academician / Teaching as professor or lecturers.
  11. Commercial / Corporate farm as owner or CEO.

Tuesday, January 20, 2009

Program Publisiti Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak UPM Kampus Bintulu kerana sudi mengadakan sesi publisiti dan promosi di SMK Serian bermula pada 8.15pagi - 3.30 ptg tadi. Melalui program tersebut, diharapkan para pelajar mula memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke universiti khususnya UPM.

Wednesday, January 7, 2009

Program Orientasi Tingkatan 1

Sebahagian gambar yang sempat dirakam semasa program orientasi.















Program Orientasi Tingkatan 4



























Monday, October 13, 2008

Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan

  • Teknik #1 – Kekalkan Imej Kejayaan
  • Teknik #2 – Dekati Sahabat Bersifat Positif
  • Teknik #3 – Jauhi Sahabat Bersifat Negatif
  • Teknik #4 – Mulakan dengan api yang kecil
  • Teknik #5 – Lakonkan Watak Kejayaan
  • Teknik #6 – Kurangkan Tekanan Perasaan
  • Teknik #7 – Doa

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai teknik tersebut sila KLIK DI SINI.