Internet TV

Tuesday, July 7, 2009

Program Rakan Muda Sekolah 'Selamat Di Jalanraya'

Sebahagian pelajar dan guru pengiring sedang mendengar ceramah pemanduan berhemah.




Jurulatih sedang memberi penerangan mengenai ciri-ciri keselamatan yang perlu dititikberatkan sebelum menunggang motosikal.




Jurulatih menunggang motosikal dengan cara yang betul.












Sebahagian pelajar yang mengambil peluang dalam demontrasi menunggang motosikal











Pelajar perempuan juga tidak ketinggalan mencuba menunggang motosikal

Monday, July 6, 2009

21 Tip Untuk Kekal Positif

Tip ini adalah tambahan kepada kaedah-kaedah utama untuk kekal positif yang terdapat dalam kaedah Mat Jenin Moden.
  1. Bergaul dengan mereka yang positif. Like attract likes. Aura positif mereka menyebar dan anda berasa kesannya.
  2. Kurangkan membaca surat khabar atau menonton berita tv-kebanyakan apa yang dilaporkan berbentuk negatif dan akan membangkitkan emosi negatif.
  3. Bangun tidur awal - pagi lebih segar, suasana lebih sunyi, tumpuan lebih baik dan lebih banyak urusan dapat disiapkan.
  4. Bersenam menjadikan badan sihat dan minda cerdas.
  5. Afirmasi di depan cermin - lakukan setiap hari ketika bersiap-siap selepas mandi.
  6. Ucapkan salam kepada seramai orang yang boleh.
  7. Senyum selalu.
  8. Tarik nafas dalam-dalam. Ia akan membekalkan oksigen yang lebih kepada otak.
  9. Dengar program audio (CD atau kaset) yang positif atau baca buku atau ungkapan yang positif.
  10. Terima kenyataan bahawa kita tidak dapat memuaskan hati semua orang.
  11. Akui tidak ada siapa yang sempurna.
  12. Minum segelas air.*biasanya lapan gelas air.
  13. Mandi atau ambil air sembahyang. *solat 5 waktu disamping solat-solat sunat.
  14. Tidur sekejap - rehatkan minda, kadang-kadang kita perlu memperlahankan gerak.
  15. Ketawa dengan menonton filem komedi atau membaca bahan-bahan komedi.
  16. Maafkan semua orang. Elok dilakukan sebelum tidur.
  17. Jika berasa negatif tanya 'Adakah ia memberikan kebaikan?'Jika tidak, lepaskan perasaan itu dan teruskan hidup anda.
  18. Berjalan-jalan di taman, dampingi alam semulajadi.
  19. Cipta sesuatu seperti melukis, membuat kek, menulis buku atau mengubah lagu.
  20. Tawarkan diri sebagai sukarelawan.
  21. Baca matlamat yang anda tulis.

Bacaan lanjut, dapatkan buku "BERANGAN & BERJAYA" tulisan SHAHIFOL ARBI ISMAIL, terbitan TRUEWEALTH PUBLISHING.

Friday, June 19, 2009

Ayuh kita Ubah Nasib Kita!!!

Sejauhmana yang kita usahakan di situlah kita akan sampai. Bermakna kalau langsung kita tak berusaha selamanyalah kita akan berada di tempat kita. Dan kemungkinan untuk terkeluar dari situ jugak amat besar.
Jadi marilah kita mengubah nasib kita sebab TUHAN tak akan mengubah nasib seseorang sehingga dia sendiri berusaha mengubah untuk dirinya. Mesti semua pernah dengar kata-kata tersebutkan. Kalau dah pernah dengar,apalagi tunggu. Berubahlah cepat. Sebagai orang Islam yang betul akidahnya, kita tak boleh berserah bulat-bulat pada nasib tanpa berusaha. Tapiiii...kartun ok jer. Tu kartun. Kartun tak apalah, sebab dia kalau kena lenyek dengan steam roll pun boleh bangun semula. Kita? Kita kalau berserah pada nasib, engkau nak langgar aku langgarlah wahai steam roll. Hah pergilah depan steam roll tu, kalau tak pipih sekeping macam kertas jangan panggil tu steam roll.
Apa yang kita usahakan kita akan dapat. Nak jadi baik tu pilihan kita, nak jadi jahat tu pun pilihan kita. Nak berjaya tu pilihan kita, nak gagal tu pun pilihan kita. Kita diberi kuasa penuh. Ala macam trademark Celcom tue. The Power It's In Your Hand. Jadi nak jadi apapun, semua kita yang pilih. Cuba tengok time makan. Kita tak pernah gagal. Kalau kata nak makan, kita terus suap makanan ke dalam mulut. Semudah tu kita berjaya menikmati makanan.
Beza sangatkah apa yang kita nak usahakan sesuatu yang lebih besar daripada tu dan kita akan berjaya akhirnya? Sebab nak berjaya pilihan kita sendiri, nak gagal pun pilihan kita sendiri. Kalau takdir tak boleh berubah takkan TUHAN suruh kita berdoa. Maka jadikanlah hari ni lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Mudah-mudahan tercapai.
Sumbangan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj dari buku karyanya "BIAR BETUL-BETUL".

Tuesday, May 5, 2009

Akta & Undang-undang Dadah


Fakta Dadah :
Akta & Undang-undang Dadah :: Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998)
SEKSYEN 39B
KESALAHAN/JENIS DADAH

Memiliki 15 gm atau lebih dan/atau morfin
Memiliki 1000 gm atau lebih candu masak atau mentah
Memiliki 40 gm kokain atau lebih
Memiliki 200 gm atau lebih ganja
Memiliki 2000 gm daun koka atau lebih
Memiliki 50 gm atau lebih Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
HUKUMAN : Mati Mandatori

SEKSYEN 39(A)(2)
KESALAHAN/JENIS DADAH

Memiliki 5-15 gm heroin atau morfin
Memiliki 250-1000 gm candu
Memiliki 50-200 gm ganja
Memiliki lebih 15-40 gm kokain
Memiliki lebih 750 gm daun koka
Memiliki 30-50 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
HUKUMAN :Tidak kurang lima tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan diwajibkan tidak kurang 10 rotan sebatan
SEKSYEN 39(A)(1)
KESALAHAN / JENIS DADAH
Memiliki 2-5 gm heroin atau morfin
Memiliki 100-250 gm candu
Memiliki 20-50 gm ganja
Memiliki 5-15 gm kokain
Memiliki 250-750 gm daun koka
Memiliki 5-30 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
HUKUMAN :Tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali-sama-
SEKSYEN 6B
KESALAHAN / JENIS DADAH
Menanam atau mengusahakan pokok ganja
HUKUMAN :Penjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang 6 kali
SEKSYEN 6
KESALAHAN / JENIS DADAH
Memiliki kurang daripada 5 gm candu mentah atau daun koka atau pokok popi atau biji ganja dari popi
HUKUMAN :Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00 ATAU kedua-duanya sekali.
SEKSYEN 9
KESALAHAN / JENIS DADAH
Memiliki kurang 100 gm candu masak
HUKUMAN : -sama- SEPERTI SEKSYEN 6
SEKSYEN 10
KESALAHAN / JENIS DADAH
Penggunaan sesuatu premis, pemilikan Alat-alat menghisap dadah
HUKUMAN :-sama- SEPERTI SEKSYEN 6
SEKSYEN 12(2)
KESALAHAN / JENIS DADAH
Memiliki kurang 2 gm heroin atau morfin
Memiliki lain-lain dadah kurang daripada Sek.39(A)(1)
Pejawat awam yang bertugas di penjara, pusah pemulihan, lokap polis atau mana-mana tempat tahanan dan memiliki dadah di tempat tersebut
HUKUMAN : Denda tidak lebih RM100 ribu atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi pegawai awam penjara, polis peg. pemulihan dikenakan tidak lebih 3 sebatan sebagai tambahan.
SEKSYEN 15(A)
KESALAHAN / JENIS DADAH
Memasukkan dadah (dadah-dadah yang dijadualkan) ke dalam badan
HUKUMAN : Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00
SEKSYEN 15(B)
KESALAHAN / JENIS DADAH
Berada di dalam premis tempat hisap dadah
HUKUMAN : Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00

Tuesday, April 28, 2009

GEJALA PENAGIHAN GAM

Masalah Hidu Gam Dikalangan Pelajar & Remaja

Masalah remaja hidu gam yang melibatkan pelajar sekolah semakin berleluasa. Ia melibatkan pelajar seawal usia 10 tahun. Gam lebih mudah diperolehi dan lebih murah untuk dibeli menyebabkan gejala tidak sihat ini semakin menular. Sudah sampai masanya pihak berkuasa mengambil sesuatu tindakan sebab sehingga kini tiada sebarang akta yang diperuntukkan bagi membendung dan mengatasi masalah ini. Tanpa akta maka masalah yang wujud bukanlah sesuatu yang salah disisi undang-undang. Sekurang-kurang, kerajaan perlu mewujudkan akta bahawa mereka yang dibawah usia 18 tahun tidak boleh membeli gam dalam kuantiti yang banyak.
Gam mengandungi pelarut seperti toluene serta trichloroethylene iaitu toksid yang boleh menggangu fungsi jantung. Jika diambil secara berlebihan, bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian. Kesan lain pada fungsi otak:
-menjadi nyanyuk
-hilang ingatan
-psikotik atau gila,
-hilang upaya deria dan
-kelumpuhan pada bahagian tertentu.

Apabila remaja terlibat dengan gejala hidu gam, ia tidak dapat dikesan melalui ujian air kencing sebab ia bukannya dadah. Ini menyukarkan kita untuk mengesan mereka yang terlibat dengan masalah ini kecuali ketika mereka sedang melakukannya. Malah ada diantara remaja apabila sudah ketagihan sanggup menggunakan bahan alternatif seperti pencair cat, petrol dan tahi lembu kering. Tahi lembu kering itu dibakar asapnya disedut.
Apakah cara untuk kita mengatasinya?
Ibu bapa perlu prihatin dan awasi tingkah laku anak-anak mereka. Semak bilik, laci dan beg sekolah anak. Awasi pergerakan dan rakan-rakan mereka.
Pendedahan tentang kesan dan akibat daripada gejala ini mesti diberikan bermula dari pelajar sekolah rendah lagi. Lebih efektif jika ditunjukkan video serta gambar-gambar agar timbul rasa gerun dan insaf.

Perlu ada akta bagi menghalang gejala ini agar boleh diadakan penguatkuasaan. Malah mungkin gam dijadikan sebagai barang kawalan yang tidak sewenang-wenangnya boleh dibeli, lebih-lebih lagi dalam kuantiti yang banyak.

Perbanyakkan program motivasi di peringkat sekolah. Program motivasi ini pula perlu dilakukan secara berterusan dan lantik mereka yang pakar untuk menjalankan program-program ini.

Disediakan oleh:
Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
ps: dipetik dari laman blog Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah Darul Aman

Wednesday, April 15, 2009

Kenali Diri Anda

Kenalkah anda kepada diri anda sendiri? Anda boleh menjawab spontan 'Ya, sudah tentu.' Jawapan anda mungkin salah kerana jika ramai orang kenal dengan dirinya, mengapa orang tidak boleh meletakkan dirinya kepada kejayaan. Jika anda kenal dengan diri anda, anda sepatutnya dapat menyediakan segala persediaan untuk melangkaui halangan demi kejayaan. Sebab tidak kenalkan Allah dengan sebenar-benar kenal, orang sanggup melanggar larangan ALLAH yang begitu berkuasa menghancurkannya dengan sekelip masa.
Mengenali diri anda adalah tahap pertama untuk kejayaan. Di antara faktor-faktor yang boleh dikatakan sebagai 'mengenal diri ' dan memiliki imaginasi yang cemerlang ialah :-
1. MENGETAHUI ANUGERAH ALLAH S.W.T KEPADA ANDA.
Setiap orang ada kelebihan-kelebihan tertentu yang tidak dipunyai oleh orang lain. Dua orang yang berada dalam satu bidang yang sama, akan berkesudahan dengan seorang sahaja yang berjaya ke puncak dengan cemerlangnya manakala seorang lagi akan tertinggal jauh. Sebagai contoh, sepuluh orang doktor yang bertugas, seorang sahaja yang akan lahir sebagai seorang pakar. Seribu orang menteri, seorang sahaja yang akan menjadi perdana menteri. Mengapa ini berlaku? Jawapannya, orang yang cemerlang tadi mengenali dirinya. Dia juga mengenali TUHAN nya dan semua anugerah yang dianugerahkan oleh TUHAN kepadanya, justeru dia dapat memperalatkan semua anugerah itu tanpa tertinggal satu pun. Dan anugerah yang terbesar dan terpenting bagi manusia ialah TALENT ataupun bakat-bakat tertentu.

Anda fikir, mengapakah kita hanya ada seorang Dato Lee Chong Wei sedangkan ada beratus-ratus lagi pemain badminton yang berbakat besar? Anda fikir mengapakah kita hanya ada seorang Mahathir Mohamad sedang ada beribu-ribu lagi pemimpin berwibawa?

Jawapannya kerana mereka yang berjaya ini telah mempergunakan anugerah-anugerah ALLAH dengan sebaik-baiknya. Dato Nicol Ann David telah mengenali dirinya sebagai ahli sukan dengan bakat-bakat tersendiri, lalu dia berjuang di gelanggang squash. Jadilah dia seorang yang utama kerana dia melalui jalan yang memang telah tersedia untuknya.

Ini tidak pula bermakna anda mesti berada dalam bidang anda sahaja untuk berjaya. Lihat Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau seorang doktor tetapi boleh menjadi seorang perdana menteri yang dikagumi dunia. Apa yang hendak dikatakan ialah anda kena memahami diri anda, keupayaan-keupayaan yang anda ada yang ALLAH anugerahkan kepada anda. Lihat, kenalpasti kemudian gemblengkanlah secukup-cukupnya.

2. MENERIMA HAKIKAT DIRI ANDA

Jika anda dilahirkan 5 kaki 2 inci, terimalah hakikat ini kerana ia kejadian semulajadi anda. Apapun yang anda lakukan anda akan tetap setinggi itu. Jika anda mengetahui anda tidak akan menjadi seorang ahli sukan yang handal kerana kekurangan tenaga dan stamina, akuilah hakikat ini kerana ALLAH telah menyediakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang anda mahu itu. Tidak semua orang boleh menjadi Lee Chong Wei, Nicol Ann David dan Mahathir Mohamad tetapi setiap orang boleh menjadi seseorang yang hampir menyamai kecemerlangan mereka berdasarkan apa yang telah ALLAH sediakan untuk mereka. Demikianlah dalam membina kejayaan, setiap orang unik dengan fizikal dan personalitinya, kejayaan juga turut unik dan berbeza.

* dipetik dan diolah mengikut kesesuaian dari buku Motivasi Diri 'Membina Imaginasi Cemerlang'- Dr.HM Tuah Iskandar al - Haj

Wednesday, April 1, 2009

'Impian umpama menanam padi'

Itulah ungkapan atau kata-kata hikmat yang dapat dirakam dari ucapan Tuan Pengetua SMK Serian semasa perhimpunan pagi tadi. Menurut pengetua jika petani hendak mendapat hasil yang banyak, maka petani harus berkerja kuat untuk memastikan benih padi yang disemai tumbuh segar. Petani bukan setakat menabur benih dan hanya mengharapkan hasilnya tetapi usaha lain seperti meracun rumpai, menyembur racun serangga dan menabur baja juga perlu diambil berat oleh petani tersebut. Petani juga tidak boleh mengharapkan bahawa menyemai padi hari ini, esok boleh menuai hasilnya. Begitulah juga dengan impian. Jika seseorang pelajar mempunyai impian menjadi seorang doktor pakar bedah, maka tindakan dan gerak kerja haruslah menjurus kepada mencapai impian tersebut. Buku, majalah dan program yang berkaitan doktor bedah seharusnya dibaca dan disertai oleh pelajar yang berimpian menjadi seorang doktor bedah. Persediaan fizikal dan mental perlu dimantapkan kerana dugaan untuk mencapai impian yang besar dan hebat semestinya banyak.