Memetik ulasan di Utusan Malaysia (14/3/2009) yang lepas...''Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti. Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2''.
Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari (14/3/2009)Siapa sangka, hari ini segala pengorbanan dan penat jerih Nik Nur Madihah menelaah pelajaran dibalas dengan hadiah yang sangat bernilai untuk beliau sekeluarga. Nik Nur Madihah telah dihadiahkan sebuah banglo oleh kerajaan negeri Kelantan di atas kejayaan cemerlang beliau dalam peperiksaan SPM 2008.
Nik Nur Madihah ditemani kedua ibu bapanya, Nik Mohd Kamil Husin dan Mariani Omar serta adiknya semasa majlis penyerahan replika kunci rumah banglo yang diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah. (harakahdaily 17/8/2009)Sumber : Utusan Malaysia Online dan Harakahdaily
