Internet TV

Tuesday, August 18, 2009

Kisah Motivasi daripada Sylvester Stallone

Posted by Hairi
Kisah Sylvester Stallone ini dipetik daripada buku “Master Your Mind, Design Your Destiny, tulisan Adam Khoo”.

Pada kemuncak kariernya, Stallone adalah salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood. Dia menerima sehingga 20 juta dolar Amerika bagi sebuah filem. Adakah Stallone bernasib baik? Adakah dia seorang pelakon yang mempunyai bakat semula jadi? Adakah dia berada di tempat yang betul pada masa yang tepat? Tidak sama sekali!

Stallone berasal dari sebuah keluarga yang daif. Ibunya melahirkannya di tangga sebuah sekolah dan kelahirannya di-bantu oleh para pelajar sekolah itu. Pada saat kelahirannya, saraf mukanya cedera dan bahagian kanan wajahnya menjadi lumpuh.

Dengan itu, Stallone tidak mampu bertutur dengan jelas. Sewaktu dia kanak-kanak, ramai kanak-kanak lain mengejeknya kerana kekurangannya ini. Tambahan pula,namanya Sylvester sama dengan nama satu karakter kartun Looney Tunes. Tanpa menghiraukan semua kelemahannya, Stallone berazam hendak menjadi pelakon terkenal. Dia ingin memberikan inspirasi kepada orang lain melalui filem.

Seperti yang anda tahu, ramai remaja mempunyai impian menjadi bintang filem tetapi bagi kebanyakan daripada mereka, ia hanyalah angan-angan. Namun, Stallone menjadikan impian-nya suatu kemestian. Dia komited bagi melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya. Langkah pertamanya adalah mendaftar di sebuah sekolah lakonan.

Kemudian, dia menghadiri sesi uji bakat. Dengan pertuturannya yang kurang jelas, wajahnya yang tidak menarik, ditambah pula dengan lakonan yang kaku, tidak ada pihak yang mahu mengambilnya sebagai pelakon. Semua kegagalan itu tidak menyebabkan Stallone berputus asa. Dia sentiasa mengubah strateginya dan terus bertindak.

Bagaimana akhirnya Stallone berjaya mendapatkan peluang pertama menjadi pelakon? Apabila sekali lagi dia ditolak dalam suatu uji bakat, dia terus duduk dalam bilik pengurus dan enggan pulang selagi dia tidak mendapat peluang berlakon. Selepas berjam-jam dia duduk di situ, orang-orang yang berada di situ mula kasihan kepadanya. Mereka juga kagum dengan semangatnya yang tidak mahu mengaku kalah. Akhirnya, dia mendapat peluang melakonkan watak kecil. Bagi Stallone, lakonan itu begitu bermakna.

Malangnya selepas itu, dia terus gagal mendapatkan sebarang peluang sehingga isterinya menyuruhnya melupakan sahaja impiannya itu dan mula mencari pekerjaan lain. Tetapi, Stallone masih ingin memperjuangkan impiannya. Dia tidak rela berputus asa.Stallone jatuh miskin sehingga pada suatu hari dia terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan harga 50 dolar. Dia begitu sedih kerana selama ini anjingnya itulah yang menjadi sahabat karibnya.

Tidak lama selepas itu, Stallone menonton perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dengan Chuck Wepner. Ramai orang berkata Chuck pasti menyerah kalah selepas beberapa pusingan sahaja. Tetapi, Chuck bertahan sehingga 15 pusingan dan memberikan tentangan hebat kepada Ali.


Daripada perlawanan tinju itu, Stallone mendapat inspirasi dan dia ingin membuat sebuah filem mengenai ahli tinju. Dia mula menulis skrip filem tanpa henti selama 84 jam. Filem ini diberi tajuk Rocky iaitu nama watak utamanya. Stallone berasa teruja kerana dia yakin filem ini bakal mengubah hidupnya.


Selepas skrip itu selesai, dia berusaha menjualnya tetapi tiada siapa yang berminat dengan skrip itu. Para penerbit filem menganggap tidak ada sesiapa yang mahu menonton filem mengenai ahli tinju. Stallone tidak berputus asa. Dia terus berjumpa pihak pengeluar filem sehingga akhirnya ada sebuah syarikat yang bersetuju membeli skrip itu dengan harga 75 ribu dolar. Stallone sepatutnya gembira tetapi impiannya belum tercapai. Dia ingin menjadi pelakon dan bukan penulis skrip.


Dengan demikian, dia memberikan syarat kepada syarikat filem itu. Dia bersetuju menjual skripnya kepada mereka asalkan dia menjadi pelakon utamanya. Pada mulanya mereka tidak bersetuju dan berkata, “Anda seorang penulis skrip, bukannya seorang pelakon! Tidak mungkin kami bersetuju dengan syarat anda itu.”


Mereka menaikkan tawaran kepada 255 ribu dolar dan seterusnya kepada 1 juta dolar tetapi Stallone tetap berkeras dengan pendiriannya. Sungguhpun pada waktu itu, dia miskin dan sering kelaparan, dia masih komited pada impiannya! Akhirnya, syarikat filem itu mengalah tetapi kali ini mereka pula yang meletakkan syarat. Mereka hanya membayar sebanyak 35 ribu dolar pada Stallone bagi skrip dan juga lakonannya. Selain itu, Stallone juga bakal menerima royalti daripada keuntungan filem itu. Stallone bersetuju.


Perkara pertama yang dilakukan selepas itu adalah mencari semula orang yang membeli anjingnya. Stallone menawarkan 100 dolar pada orang itu bagi membeli semula anjingnya tetapi orang itu menolak. Stallone menaikkan harga tawaran sehingga 1,000 dolar dan orang itu tetap menolak. Sekali lagi, Stallone tidak berputus asa. Dengan apa cara sekali pun, dia mahukan anjingnya semula. Akhirnya, orang itu bersetuju apabila Stallone menawarkan 15 ribu dolar dan juga peluang berlakon dalam filemnya.


Apabila filem Rocky ditayangkan, ia mencapai tahap box-office dengan keuntungan melebihi 171 juta dolar. Bukan hanya itu, ia juga dicalonkan dalam 10 kategori Anugerah Akademi termasuklah pelakon terbaik. Daripada 10 pencalonan itu, Rocky memenangi anugerah filem terbaik dan arahan terbaik.


Stallone terus mencipta nama sebagai pelakon aksi yang hebat dan dia menerima banyak tawaran yang lumayan. Antara filem Stallone yang menyusul selepas itu adalah First Blood, Rambo dan Rocky II.Stallone mencapai impiannya kerana ia menjadikannya suatu kemestian. Dengan ini, dia tidak berputus asa mencari jalan bagi mencapainya.


Macamana? Saya harap anda bersemangat dan bermotivasi lepas baca kisah ini.


Sumber rujukan : Aspirasicyber.com

Monday, August 17, 2009

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih...

Mungkin pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih sesuai digunakan untuk mengambarkan kisah kejayaan seorang pelajar cemerlang lepasan SPM 2008 peringkat kebangsaan yang baru diumumkan pada bulan Mac 2009 yang lepas.
Memetik ulasan di Utusan Malaysia (14/3/2009) yang lepas...''Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti. Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2''.

Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari (14/3/2009)

Siapa sangka, hari ini segala pengorbanan dan penat jerih Nik Nur Madihah menelaah pelajaran dibalas dengan hadiah yang sangat bernilai untuk beliau sekeluarga. Nik Nur Madihah telah dihadiahkan sebuah banglo oleh kerajaan negeri Kelantan di atas kejayaan cemerlang beliau dalam peperiksaan SPM 2008.


Nik Nur Madihah ditemani kedua ibu bapanya, Nik Mohd Kamil Husin dan Mariani Omar serta adiknya semasa majlis penyerahan replika kunci rumah banglo yang diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah. (harakahdaily 17/8/2009)
Kisah suka duka adik Nik Nur Madihah seharusnya menjadi kisah motivasi kepada semua orang khususnya para pelajar yang bakal menduduki SPM 2009 pada bulan November nanti.
Dikhabarkan Nik Nur Madihah akan melanjutkan pengajian dalam bidang fizik di Jordan University of Science and Tecnology pada September ini. Beliau ke Jordan selama empat tahun atas biasiswa penuh Bank Negara Malaysia (BNM).

Untuk bacaan lanjut mengenai Nik Nur Madihah, sila klik di url di bawah :-

Sumber : Utusan Malaysia Online dan Harakahdaily

Tuesday, August 4, 2009

Perhimpunan Khas Pandemik Influenza A/HINI 2009

Pengetua Tn. Hj Rambli menyampaikan cenderamata kepada penceramah En. Nagum Ak Jute ( Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan )
En. Nagum menunjuk ajar pelajar cara betul memakai "mask'




Sebahagian pelajar tingkatan 4 yang hadir mendengar ceramah dan pameran pandemik HINI




En. Nagum sedang memberi ceramah HINI




Pengetua memberi taklimat sebelum ceramah HINI bermula.






Tepat jam 9.45 pagi tadi pihak pengurusan sekolah SMK Serian dengan kerjasama Hospital Serian mengadakan perhimpunan khas penyakit pandemik Influenza A/HINI di Dewan Sri Sadong. Semua pelajar tingkatan 4 terlibat dengan perhimpunan tersebut. Penceramah jemputan ialah Encik Nagum yang juga Pegawai Kesihatan Persekitaran Hospital Serian.

Ringkasan daripada penerangan yang disampaikan oleh pegawai kesihatan mengenai Pandemik HINI ialah :
  1. Influenza Disease boleh dibahagi kepada 3 ( Influenza bermusim, Avian Influenza dan Swine influenza)
  2. Influenza A/HINI ialah virus baru ditemui di California (24 April 2009)
  3. Penularan penyakit HINI melalui udara (droplets)
  4. Tanda-tanda influenza A/HINI(demam dengan suhu badan 37.8'C atau lebih, batuk, sakit tekak)
  5. Semua orang berisiko untuk mendapat jangkitan kerana tiada imuniti.
  6. Kanak-kanak bawah 5 tahun, orang-orang tua 65 tahun ke atas, ibu-ibu yang mengandung, pesakit obesiti, pesakit kanser, pesakit HIV/AIDS dan sebagainya berisiko tinggi dijangkiti pandemik HINI.

Maklumat sehingga 3 Ogos 2009.

Dunia - 183,854 kes, 1307 kematian melibatkan 167 negara.

Malaysia - 1446 kes (574 kes import, 872 kes tempatan 60%), 8 kematian.

Sarawak - 137 kes (85% kes tempatan, melibatkan 1 kematian). Institusi yang ditutup seminggu akibat HINI di Sarawak terutama di bahagian Samarahan ialah Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Institut Latihan Perindustrian Samarahan, UNIMAS Samarahan. Bahagian Kuching - PLKN Bau, SMK Chung Hwa, SMK Sains. Bahagian Serian-semua pelatih dan staf di kem Juara PLKN Serian dikuarantin seminggu.









Thursday, July 23, 2009

Langkah-langkah untuk mengatasi penyakit kurang yakin kepada diri sendiri

Ahli-ahli ilmu jiwa mengatakan salah satu faktor yang menghalang kejayaan bukan disebabkan kurang pintar tetapi kerana kurang yakin kepada diri sendiri. Penyakit ini akan membunuh minat dan menghambat kemajuan seseorang. Bagaimanakah mengatasi perkara begini :
1. Fikirkan kejayaan bukan kegagalan
Berfikir tentang kejayaan yang bakal anda garap bakal mendorong pemikiran anda mengilhamkan pelbagai rancangan dan tindakan yang boleh melahirkan kejayaan. Sebaliknya, jika anda asyik mengatakan sesuatu itu sukar dicapai, kejayaan memang bukan hak anda, lama kelamaan akan terbentuk dalam minda dan akhirnya sesuatu yang tadinya tidaklah begitu susah akan benar-benar menjadi payah. Fikiran anda akan menjadi buntu serta minat terhadap sesuatu perkara itu akan hilang. Akibatnya, gagallah anda sebelum masuk ke gelanggang-satu kegagalan yang cukup memalukan.
2. Selalu katakan kepada diri sendiri, anda lebih baik daripada yang anda sendiri sangkakan
3. Berjiwa besar
4. Keras Jiwa
*Sumber rujukan, Buku Motivasi Diri 'Membina Imaginasi Cemerlang' hasil karya Dr.HM Tuah Iskandar al - Haj

Tuesday, July 7, 2009

Program Rakan Muda Sekolah 'Selamat Di Jalanraya'

Sebahagian pelajar dan guru pengiring sedang mendengar ceramah pemanduan berhemah.




Jurulatih sedang memberi penerangan mengenai ciri-ciri keselamatan yang perlu dititikberatkan sebelum menunggang motosikal.




Jurulatih menunggang motosikal dengan cara yang betul.












Sebahagian pelajar yang mengambil peluang dalam demontrasi menunggang motosikal











Pelajar perempuan juga tidak ketinggalan mencuba menunggang motosikal

Monday, July 6, 2009

21 Tip Untuk Kekal Positif

Tip ini adalah tambahan kepada kaedah-kaedah utama untuk kekal positif yang terdapat dalam kaedah Mat Jenin Moden.
  1. Bergaul dengan mereka yang positif. Like attract likes. Aura positif mereka menyebar dan anda berasa kesannya.
  2. Kurangkan membaca surat khabar atau menonton berita tv-kebanyakan apa yang dilaporkan berbentuk negatif dan akan membangkitkan emosi negatif.
  3. Bangun tidur awal - pagi lebih segar, suasana lebih sunyi, tumpuan lebih baik dan lebih banyak urusan dapat disiapkan.
  4. Bersenam menjadikan badan sihat dan minda cerdas.
  5. Afirmasi di depan cermin - lakukan setiap hari ketika bersiap-siap selepas mandi.
  6. Ucapkan salam kepada seramai orang yang boleh.
  7. Senyum selalu.
  8. Tarik nafas dalam-dalam. Ia akan membekalkan oksigen yang lebih kepada otak.
  9. Dengar program audio (CD atau kaset) yang positif atau baca buku atau ungkapan yang positif.
  10. Terima kenyataan bahawa kita tidak dapat memuaskan hati semua orang.
  11. Akui tidak ada siapa yang sempurna.
  12. Minum segelas air.*biasanya lapan gelas air.
  13. Mandi atau ambil air sembahyang. *solat 5 waktu disamping solat-solat sunat.
  14. Tidur sekejap - rehatkan minda, kadang-kadang kita perlu memperlahankan gerak.
  15. Ketawa dengan menonton filem komedi atau membaca bahan-bahan komedi.
  16. Maafkan semua orang. Elok dilakukan sebelum tidur.
  17. Jika berasa negatif tanya 'Adakah ia memberikan kebaikan?'Jika tidak, lepaskan perasaan itu dan teruskan hidup anda.
  18. Berjalan-jalan di taman, dampingi alam semulajadi.
  19. Cipta sesuatu seperti melukis, membuat kek, menulis buku atau mengubah lagu.
  20. Tawarkan diri sebagai sukarelawan.
  21. Baca matlamat yang anda tulis.

Bacaan lanjut, dapatkan buku "BERANGAN & BERJAYA" tulisan SHAHIFOL ARBI ISMAIL, terbitan TRUEWEALTH PUBLISHING.

Friday, June 19, 2009

Ayuh kita Ubah Nasib Kita!!!

Sejauhmana yang kita usahakan di situlah kita akan sampai. Bermakna kalau langsung kita tak berusaha selamanyalah kita akan berada di tempat kita. Dan kemungkinan untuk terkeluar dari situ jugak amat besar.
Jadi marilah kita mengubah nasib kita sebab TUHAN tak akan mengubah nasib seseorang sehingga dia sendiri berusaha mengubah untuk dirinya. Mesti semua pernah dengar kata-kata tersebutkan. Kalau dah pernah dengar,apalagi tunggu. Berubahlah cepat. Sebagai orang Islam yang betul akidahnya, kita tak boleh berserah bulat-bulat pada nasib tanpa berusaha. Tapiiii...kartun ok jer. Tu kartun. Kartun tak apalah, sebab dia kalau kena lenyek dengan steam roll pun boleh bangun semula. Kita? Kita kalau berserah pada nasib, engkau nak langgar aku langgarlah wahai steam roll. Hah pergilah depan steam roll tu, kalau tak pipih sekeping macam kertas jangan panggil tu steam roll.
Apa yang kita usahakan kita akan dapat. Nak jadi baik tu pilihan kita, nak jadi jahat tu pun pilihan kita. Nak berjaya tu pilihan kita, nak gagal tu pun pilihan kita. Kita diberi kuasa penuh. Ala macam trademark Celcom tue. The Power It's In Your Hand. Jadi nak jadi apapun, semua kita yang pilih. Cuba tengok time makan. Kita tak pernah gagal. Kalau kata nak makan, kita terus suap makanan ke dalam mulut. Semudah tu kita berjaya menikmati makanan.
Beza sangatkah apa yang kita nak usahakan sesuatu yang lebih besar daripada tu dan kita akan berjaya akhirnya? Sebab nak berjaya pilihan kita sendiri, nak gagal pun pilihan kita sendiri. Kalau takdir tak boleh berubah takkan TUHAN suruh kita berdoa. Maka jadikanlah hari ni lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Mudah-mudahan tercapai.
Sumbangan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj dari buku karyanya "BIAR BETUL-BETUL".