Internet TV
Tuesday, January 20, 2009
Program Publisiti Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu
Wednesday, January 7, 2009
Monday, October 13, 2008
Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan
- Teknik #1 – Kekalkan Imej Kejayaan
- Teknik #2 – Dekati Sahabat Bersifat Positif
- Teknik #3 – Jauhi Sahabat Bersifat Negatif
- Teknik #4 – Mulakan dengan api yang kecil
- Teknik #5 – Lakonkan Watak Kejayaan
- Teknik #6 – Kurangkan Tekanan Perasaan
- Teknik #7 – Doa
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai teknik tersebut sila KLIK DI SINI.
Thursday, September 25, 2008
Program-program yang telah dijalankan oleh Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
- Program orientasi pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 telah diadakan pada 3-4 Januari 2008 bertempat di SMK Serian.
- Program Jati Diri Remaja, 19-20 Februari 2008 di SMK Serian.
- Program Karnival Kerjaya, 25 Mac 2008 bertempat di SMK Serian.
- Ekspo Pendidikan pada 31 Mac 2008 di SMK Serian.
- Program Pengawas sesi petang pada 19-20 April 2008 di Homestay Kg Benuk.
- Program Kemahiran Belajar pada 6-9 Mei 2008, di SMK Serian.
- Program Berkongsi Pintar pada 25 Jun 2008 bertempat di Pusat Akses SMK Serian.
- Kem Kepimpinan PRS dan PROSTAR pada 4-5 Julai 2008 di Kem Alapong.
- Kem Kepimpinan Pelajar pada 11-13 Julai 2008 di Kem Alapong.
- Program Nasional Strategik Plan HIV dan AIDS pada 18-19 Julai 2008 di SMK Serian.
- Seminar Pecutan Akhir PMR, SPM dan STPM pada 2 Ogos 2008 di Dewan Sri Sadong SMK Serian.
- Program Peningkatan Prestasi PMR, SPM dan STPM sepanjang bulan Jun sehingga bulan September 2008.
- Program Restu Ilmu PMR pada 10 Oktober 2008 di Dewan Sri Sadong
- Program Pasca PMR
Thursday, August 28, 2008
Tips Untuk Kuatkan Daya Ingatan
Friday, July 25, 2008
KAUNSELING
Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
- Menolong mengubah tingkah laku klien.
- Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.
- Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.
- Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.
- Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.
Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien:
- Memahami diri dan situasinya;
- Mengenal pasti keperluannya;
- Menerima realiti hidupnya;
- Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
- Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
- Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup.
Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.
Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.
