Internet TV

Thursday, February 5, 2009

Program Eksplorasi Alam Kerjaya

Salam ceria dan salam perpaduan kepada semua. Program Eksplorasi Alam Kerjaya yang telah diadakan di Makmal Diagnosa Jabatan Pertanian Sarawak serta Fakulti kejuruteraan Uitm Kota Samarahan diharapkan mampu membina motivasi para pelajar yang mengikuti program tersebut.
Berdasarkan apa yang telah disampaikan oleh Pegawai Veterinar Dr. Nicholas, lulusan bidang veterinar mempunyai banyak prospek pekerjaan yang boleh diterokai seperti ..
  1. Government Veterinar Services
  2. Pet Animal Practitioner
  3. Public Health
  4. Food Animal veterinarian
  5. Equine Practices
  6. Meat Industry
  7. Research Scientist
  8. Commerce as sale managers of drugs and vaccines etc.
  9. Feed Milling industry as technical veterinarian, manager or CEO.
  10. Academician / Teaching as professor or lecturers.
  11. Commercial / Corporate farm as owner or CEO.

Tuesday, January 20, 2009

Program Publisiti Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak UPM Kampus Bintulu kerana sudi mengadakan sesi publisiti dan promosi di SMK Serian bermula pada 8.15pagi - 3.30 ptg tadi. Melalui program tersebut, diharapkan para pelajar mula memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke universiti khususnya UPM.

Wednesday, January 7, 2009

Program Orientasi Tingkatan 1

Sebahagian gambar yang sempat dirakam semasa program orientasi.















Program Orientasi Tingkatan 4



























Monday, October 13, 2008

Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan

  • Teknik #1 – Kekalkan Imej Kejayaan
  • Teknik #2 – Dekati Sahabat Bersifat Positif
  • Teknik #3 – Jauhi Sahabat Bersifat Negatif
  • Teknik #4 – Mulakan dengan api yang kecil
  • Teknik #5 – Lakonkan Watak Kejayaan
  • Teknik #6 – Kurangkan Tekanan Perasaan
  • Teknik #7 – Doa

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai teknik tersebut sila KLIK DI SINI.

Thursday, September 25, 2008

Program-program yang telah dijalankan oleh Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

  1. Program orientasi pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 telah diadakan pada 3-4 Januari 2008 bertempat di SMK Serian.
  2. Program Jati Diri Remaja, 19-20 Februari 2008 di SMK Serian.
  3. Program Karnival Kerjaya, 25 Mac 2008 bertempat di SMK Serian.
  4. Ekspo Pendidikan pada 31 Mac 2008 di SMK Serian.
  5. Program Pengawas sesi petang pada 19-20 April 2008 di Homestay Kg Benuk.
  6. Program Kemahiran Belajar pada 6-9 Mei 2008, di SMK Serian.
  7. Program Berkongsi Pintar pada 25 Jun 2008 bertempat di Pusat Akses SMK Serian.
  8. Kem Kepimpinan PRS dan PROSTAR pada 4-5 Julai 2008 di Kem Alapong.
  9. Kem Kepimpinan Pelajar pada 11-13 Julai 2008 di Kem Alapong.
  10. Program Nasional Strategik Plan HIV dan AIDS pada 18-19 Julai 2008 di SMK Serian.
  11. Seminar Pecutan Akhir PMR, SPM dan STPM pada 2 Ogos 2008 di Dewan Sri Sadong SMK Serian.
  12. Program Peningkatan Prestasi PMR, SPM dan STPM sepanjang bulan Jun sehingga bulan September 2008.
  13. Program Restu Ilmu PMR pada 10 Oktober 2008 di Dewan Sri Sadong
  14. Program Pasca PMR

Thursday, August 28, 2008

Tips Untuk Kuatkan Daya Ingatan

1. Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

2. Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

3. Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

4.Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

5.Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

6.Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

7.Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

8.Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

9.Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

10. Katakan Berulang Kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

11.Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

12.Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

13.Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Sumber : Komuniti Kaunselor. Semoga perkongsian artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.