Internet TV

Tuesday, April 6, 2010

Pustaka Mini Kaunselor

Salam motivasi untuk semua rakan khususnya warga SMK Serian. Kini Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mewujudkan Pustaka Mini Kaunselor untuk memberi peluang kepada warga SMK Serian meminjam buku khususnya berkaitan motivasi diri. Judul-judul buku boleh dilihat disebelah kanan slide show. Jika berminat untuk membaca seterusnya meminjam buku tersebut bolehlah maklumkan kepada kaunselor. Cuma koleksi yang ada sangat terhad. Siapa cepat dialah yang dapat baca dulu yea...

Tuesday, March 23, 2010

''Orang bijak tidak pernah berkata: Aku tidak berfikir."-Pepatah Sepanyol

Kebijaksanaan bukanlah pengetahuan. Kebijaksanaan adalah penerapan pengetahuan secara benar. Sekolah, akademi atau universiti tidak akan berharga bila di sana tidak diajarkan cara menerapkan pengetahuan yang dimiliki siswa atau mahasiswa.
Sudah diketahui bahawa 'kebijaksanaan lahir dari pengalaman'. Pengalaman adalah guru yang baik terutama kalau kita boleh mengambil manfaat dari pengalaman orang lain yang telah bekerja berjam-jam, berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan dan bertahun-tahun untuk mempelajari tentang hidup.
Orang bijak adalah pemikir yang cermat. Mereka telah belajar untuk mendengar dan menunggu. Segala bentuk informasi yang datang mereka selidiki dan kumpulkan sebagai usaha untuk menentukan betapa bergunanya hal ini untuk memuliakan kemanusiaan diri mereka dan untuk meningkatkan kemanusiaan secara menyeluruh.
Kebijaksanaan akan muncul apabila kita menemukan diri sendiri, kerana penemuan diri bererti mengerahkan segala yang baik dari dalam diri kita, memantapkan tujuan hidup yang berharga, merencanakan untuk mencapai tujuan itu dan menyediakan diri kita untuk melaksanakan tujuan.