Internet TV

Friday, July 25, 2008

KAUNSELING

PERGERTIAN KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris “counselling” yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga kembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:
Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.
TUJUAN KAUNSELING
Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.
Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.
Lima tujuan kaunseling iaitu:
  • Menolong mengubah tingkah laku klien.
  • Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.
  • Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.
  • Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.
  • Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.

Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien:

  • Memahami diri dan situasinya;
  • Mengenal pasti keperluannya;
  • Menerima realiti hidupnya;
  • Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
  • Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
  • Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
    Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.
    Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup.
    Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.
    Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.

Thursday, July 24, 2008

PANDUAN MENCERDASKAN MINDA



Amalan pemakanan

1. Madu Lebah

“Madu itu menguatkan roh(kerohanian).Madu menambah kerajinan dan semangat,membuka selera makan,memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan.
Kandungan Madu Lebah:
· Vitamin A,C,E&K, B-Kompleks

KEISTIMEWAAN MADU LEBAH(makan 1 sudu besar sebelum tidur)
1. Tidak mengganggu selaput dinding sistem penghadaman.
2. Mudah dan cepat diasimilasikann oleh badan
3. Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat
4. Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau seseorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
5. Walaupun mengandungi gula,tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
6. Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar
7. Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran
8. Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada.Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
9. Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu)
10. Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.

HALIA

1. Menyegarkan dan menguatkan urat saraf
2. Kepanasannya boleh menghancurkan dan menghilangkan kahak atau lendiran.
3. Membetulkan perjalanan darah dalam tubuh
4. Menguatkan ingatan.




SUSU

Khasiat Susu
1. Membantu menambahkan tenaga fizikal
2. Menguatkan tulang belakang
3. Mengelokkan otak
4. Meningkatkan kecergasan akal
5. Menajamkan penglihatan
6. Menghindari penyakit lupa
7. Menghilangkan suhu panas badan dan jantung
8. Isteri yang mengandung hendaklah banyak minum susu kerana susu akan menambahkan kecerdasan otak bayi dalam kandungan.

Cara minum Susu

Minum terus
Campurkan dengan minuman lain,campurkan bersama: 7 biji
Buah badam dan 21 biji kismis
Selepas minum basuhlah mulut kerana di dalam susu ada lemak

KISMIS

Khasiat kismis
1. Baik untuk kerongkong
2. Menghilangkan batuk
3. Menghilangkan balgham (kahak)
4. Menormalkan kandungan air kencing
5. Menguatkan perut
6. Menyejukkan perut
7. Membantu mencergaskan akal
8. Mencerdaskan minda
9. Menguatkan saraf
10. Menghilangkan penyakit hempedu
11. Menghilangkan keletihan
12. Mengelokkan jantung
Cara makan kismis:
Bagi para pelajar elok amalkan memakan kismis tiga kali sehari:
Sebelum sarapan pagi,tengahari,sebelum tidur malam
Sebanyak 7 biji sekali makan,jumlah 2 biji sehari.

MINYAK SAPI

“Lemak lembu (minyak sapi) lembut dan enak,boleh memecahkan bisul dipermukaan kulit. jika ia dicampurkan dengan madu dan buah badam akan melegakan masalah kerongkong serta menyembuhkan penyakit batu karang. Jika dicampurkan dengan madu sahaja ia boleh dijadikan penawar keracunan,sengatan kala jengking dan ular.”
“Memakan minyak sapi boleh merawat menyembuhkan hati serta membasmi kelupaan. ”

LOBAK MERAH{CARROT}

Khasiat lobak merah
Amat baik untuk gigi
Mengatasi keletihan
Mencegah jangkitan kuman dan bacteria
Menjaga sistem saraf
Awet muda
Mencerahkan mata
Mencegah serangan barah
Melawaskan buang air kecil
Membaikkan hati dan membasmi kelupaan

CARA MAKAN
Minum segelas air lobak merah setiap hari
Jika dimakan berlebihan terutama kanak-kanak boleh menyebabkan over active dan sukar mengawal pergerakan.

TELUR

Mengatasi masalah penyakit otak dan saraf:
Masalah lemah daya ingatan
Lemah daya tumpuan
Akal tumpul {benak}
Sering lupa
Badan dan urat saraf sering letih kerana memerah fikiran
Sering tertidur semasa membaca
Sering menguap
Tidak menat bekerja
Benci kepada kontradiksi
Tidak dapat mengawal marah
Pasif, Kanak-kanak degil

CARA MAKAN KUNING TELUR
Campurkan telur kuning separuh masak dengan madu lebah
Tumbuk dengan 7 biji buah badam
Makan setiap malam sebelum tidur

BUNGA CENGKIH
Sifatnya yang panas dan baik bagi kesihatan hati orang yang bertubuh sejuk dan juga melancarkan perjalanan darah.

WANGI-WANGIAN{KASTURI}FUNGSI:
Menguat menenang dan meriangkan jiwa
Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
Menghilangkan debaran jantung
Menghilangkan sesak nafas
Melegakan lelah{asma}
Menyedarkan orang yang pengsan
Memperkuat organ dalaman
Menghilangkan gementar
Menghilangkan sejuk
Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
Menawarkan racun dan bisa binatang
Menjernihkan mata putih
Melanjutkan usia

Minyak zaitun, pegaga,kurma.
“kurma dapat menguatkan perut, hati, daya ingatan, menyuburkan pertumbuhan badan, menyembuh penyakit dan menjadi makanan dan minuman yang mengenyangkan.”

KACANG HAZEL
-Mengatasi masalah sakit kepala
-Menjaga kesihatan saraf
-Menghilangkan keletihan kerana banyak menggunakan tenaga fizikal dan otak
-Menurunkan kolesterol
-Memulihkan darah tinggi, menjauhi barah
-Memulihkan kencing manis
-Memperbaiki sistem saraf, sumber anti-pengoksidaan
-Membaiki sistem kelenjar
-Menguatkan sistem peranakan wanita

BUAH BADAM
Cara makan
Makan buah badam setiap pagi
*sebanyak 7 biji
*sebaik-baiknya dimakan bersama susu

AMBAR
Wangian ambar ini berfungsi untuk mengelak sebarang penyakit khususnya yang berkaitan dengan hati(hati jasmani). Jika minyak ambar disapu pada mana-mana bahagian badan ia akan meresap ke dalam badan dan boleh merangsang kelenjar(pineal gland) yg membantu mengaktifkan gerakan fungsi jasmani. Selain itu ambar juga berfungsi sepertimana kasturi & lain-lain bauan yg baik utk mencergaskan akal & minda.

BUAH BERANGAN
Buah berangan membantu mencerdaskan akal dan menghilangkan penyakit lupa.

BAWANG PUTIH
Memakan bawang putih sama ada mentah atau dimasak(dibakar) atau memakan minyaknya boleh menghilangkan (balgham/kahak). Balgham menyebabkan lupa. Menghilangkan balgham bererti menghilangkan penyakit lupa.

DAGING LEMBU,UNTA,ARNAB & BIRI-BIRI.
“Tuan, makanan yang paling lazat bagi penghuni dunia dan akhirat adalah daging”.{lembu}
Bertindak sebagai tonik untuk penyakit-penyakit hati, lemah jantung, buasir dan lemah tenaga batin. Jika dicampur dengan madu lebah (daging unta panggang bermadu), ia dapat mengatasi penyakit radang paru-paru,lelah,atuk berkahak(balgham), sengal-sendi, pendarahan sebelum bersalin, hilang selera makan, sakit kuning dan bengkak hati.{unta}
Daging arnab boleh mengatasi masalah penyakit hati, paru-paru, lemah jantung, hilang daya ingatan dan lemah tenaga batin.
Ianya amat baik untuk menambah darah merah, mempercepatkan proses penghadaman, menaikkan suhu badan dan meningkatkan daya ingatan.

TELUR BURUNG MERPATI.
Dapat membantu seseorang petah bercakap lebih awal. Juga boleh mengelakkan penyakit mental.


TEMBIKAI
“Makanlah tembikai kerana didalamnya ada banyak kebaikan. Ianya makanan, minuman,perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundit-pundi kencing,menambah air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan membersihkan kulit.”
“Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal diatas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga.”
“Allah merahmati orang yang memberi makan kita dengan buah tembikai ini.”
“Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada Hari Kebangkitan.”

Amalan memakan buah-buahan.

Makanlah buah oren kerana ia mengemaskan bebenang jantung dan menambahkan fikiran.
Makanlah buah anggur satu persatu kerana cara ini lebih berkhasiat.
Makanlah buah terung dan berbanyakkan memakannya. Barangsiapa yang memakannya sebagai ubat maka baginya adalah ubat.
Peria baik untuk kencing manis,darah tinggi, demam panas, masalah hati, anti tumor, melawas buang air besar, reumatisma, asma, membunuh cacing dalam perut dan usus serta masalah wanita.
Labu menambahkan fikiran dan akal.
Hindarilah buah-buahan di hujung musim kerana ia membawa penyakit kepada badan.
Tidak mengambil makanan masam seperti jeruk dan epal hijau.