Internet TV

Monday, February 22, 2010

Karnival 'Jom Masuk U' meriah

Ribuan pengunjung membanjiri Permata Exhibition Centre Kuching, Sarawak sepanjang berlangsungnya Karnival Pengajian Tinggi Negara atau lebih dikenali sebagai Karnival 'Jom Masuk U' 2010 Zon 5.

Program dua hari pada 20 dan 21 Februari lalu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang mendapat sambutan luar biasa daripada para pelajar sekolah termasuk calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), ibu bapa, guru-guru, kaunselor dan masyarakat setempat.

Program anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran berada di Zon 5 selepas menjelajah empat negeri iaitu Johor, Selangor, Sabah dan Negeri Sembilan.

Selepas ini Karnival 'Jom Masuk'U' Zon 6 akan terbang ke Pulau Pinang yang akan berlangsung di Dewan Millenium Kepala Batas pada 27 hingga 28 Februari ini.
Jadual Karnival 'Jom Masuk U' akan datang :-
  1. ZON 7 6 - 7 Mac 2010 bertempat di Dewan Wawasan, Jitra Kedah.
  2. ZON 8 13 - 14 Mac 2010 bertempat di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu Kelantan.
  3. ZON 9 20 - 21 Mac 2010 bertempat di Dewan Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Pahang.
  4. ZON 10 27 - 28 Mac 2010 bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.

No comments: